BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 16 Oktober 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Saya ada terbaca komen di satu blog..


muwahhidun Says:

assalamualaikum..

kepada akhi zaidi ahmad..kesatuan ummah bukannya beerti kesatuan dalam persatuan..ada segelintir pendakwah yang memahami taadud jemaah itu adalah HARAM MUTLAK..

ayat “wala tafarraqu” yang dimaksudkan adalah jangan berpecah belah DARI SEGI TAUHIDI,AKIDI (akidah)yakni TALI ALLAH..cuba baca ayat sebelumnya dlm ayat yg sama..”wa’tasimu BI HABLILLAH”..bukannya bi hablilwaajihah / bi hablil jamaah..

ramai yang telah tersalah mafhum KESATUAN..kesatuan ummah tidak bermaksud bersatu di bawah satu payung / jemaah / harakah islam yang tertua..sedangkan realitinya kita hidup di zaman tiada khalifah yang wajib ditaati..

kalaulah perpecahan itu dieertikan dengan wujudnya pelbagai jemaah / kelompok, yang paling ditegah adalah kepelbagaian dalam bermazhab kerana sejarah berbeza mazhab telah melukai ramai ummat islam..tetapi, kepelbagaian ini sebenarnya adalah satu yang telah difardhukan..begitu juga dalam dakwah..Allah mengurniakan manusia itu akal yang berbeza2,mempunyai ijtihad yang berbeza2 yang membuahkan kepada pertumbuhan jamaah2 islam yang berbeza2 namun matlamat, tujuan kita adalah SATU..inilah maksud tali Allah..bukannya tali Allah itu bersatu dibawah satu payung / kumpulan sahaja..apatah lagi kumpulan yang lebih tua..

diharap golongan yang MENGHARAMKAN TAADDUD tidak menggunakan dalil secara salah atau paksa..

jzkk..


Pintu hati ini mesti disentiasakan terbuka untuk menerima kebenaran,kebaikan. Memang kadang-kadang kita rasa kurang senang dengan orang 'baru' yang kita rasa mengganggu gugat keadaan kita. Tapi kehadiran orang 'baru' itu bukan untuk kejahatan, kerosakan, kebinasaan atau keburukan.Ana tak salahkan sesiapa atau membenarkan sesiapa. Allah memberi kita akal untuk berfikir. Tidak juga disebabkan kita di dalam satu kelompok, maka kita tidak mahu wujud kelompok yang lain. Paling penting adalah jalan yang kita bawa. Halatuju kita sama sahaja...ALLAH. Sebagaimana orang bermusafir menunaikan fardhu haji, menaiki kapal terbang atau kapal berlayar yang berbeza walaupun dari negara yang sama, tujuan yang sama, jalan yang berbeza...jauh atau dekat. Hanya Allah yang tahu niat hamba-hamba-Nya. Ikut kita mahukan yang mana. Ada orang sukakan pemandangan dari atas, nak rasa terbang di awan biru. Ada orang pula sukakan air, kalau terbang telinga berdesing. Tak semestinya yang 'terbang itu kaya' atau 'yang meredah lautan itu miskin' semua sama sahaja di sisi ALLAH Subhanahu Wata'ala. Moga kita semua kaji sedalam-dalamnya dengan baik. Kadang-kadang kita belum faham tapi kita mudah katakan 'Ya'. Selidik perlukan pemerhatian yang 'daqiq'. Bukan setakat disampaikan kepada beberapa generasi dan mendengar secara 'taqlid' tanpa memahaminya dengan betul atau mungkin kita faham tapi tanpa rujukan daripada ALLAH. Alangkah bahagianya kita di samping orang-orang yang beriman. Ya Allah bukakanlah pintu-pintu hati hamba-hamba-Mu agar dicurahi hidayah-Mu. Ameen...


Boleh rujuk ini dengan teliti...

Khamis, 1 Oktober 2009

Salam Pembukaan

Masih baru hendak mula menulis...